AUTHOR TUTORIAL TRAVELOGUE FOOD PET CARE BLOGSHOP

TRIP KE PULAU PERHENTIAN SELAMA 3H2M (PART 1)

Entry kalini aku nak share pengalaman aku ke Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu. Aku ada bace, pulau perhentian ni antara pulau yang tercantik di Malaysia. Yer aku admit! Sejujurnya aku ni bukanlah seorang pencinta pulau, maybe sebab panas, takut muka burn and so on lah almaklum perempuan kan! lol. Tapi semenjak aku ke pulau perhentian ni aku terus jatuh cinta dengan pulau. Percaye x??? sad but true ya! haha😃 Orang yang mendorong aku sehingga menjadi pencinta pulau ni opkoslah en suami dan opismate aku. TQ korang.

Sebelum tu aku cerita sikitlah pasal pulau perhentian ni. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Besar dan Kecil. 

Di pulau besar ni terdapat perkampungan orang tempatan, bagi aku korang yang datang bercuti dengan family dan ada anak kecik mahupun wargaemas sesuailah duduk sini sebab tenang selain kos penginapan dan makan lebih murah jika dibandingkan dengan pulau kecil. So mase pegi sini pun memang aku stay kat pulau besar, jimat lah katakan.hahaha ;D

Manakala di pulau kecil pulak kos agak tinggi dari segi penginapan dan makan. Tapi seriously tempat ni memang sangatlah happening sebab die hidup time malam, maksud aku hidup tu, walaupun malam masih ada aktiviti macam petunjukkan api. Majoriti yang duduk di pulau kecil ni adalah pelancong asing so ramailah mat dan minah-minah saleh. Untuk aktiviti hiking ke kincir angin pun dari pulau kecil ni. Kalau korang nak duduk gak kat pulau kecil ni tapi bajet kureng bolehlah try duduk di campsite dorang yang lengkap dengan toilet dan shower. So, senanglah jugak kan.
 Campsite di Pulau Kecil 
Pertunjukkan api di Pulau Kecil 
Kami ke pulau perhentian ni amik pakej dari pick up di jeti Kuala Besut sampailah ke Pulau. Kos untuk 1 kepala RM280 murah jugaklah cuma aku x boleh nak recommend kat korang tempat pakej yang aku ambik ni sebab ada bad experience sikit, almaklum murah kan. hihi. Pakej aku ni sekali dengan penginapan, snorkelling dan pickup boat pergi balik. Makanan sendiri yer, so memang kami standby biskut, roti camtu. So kalau korang nak ke sini make sure cari betul-betul pakej yang banyak good review sebab aku pernah baca banyak jugak scammer untuk pakej pulau perhentian ni, makanya berhati-hatilah.

Transport ke Pulau Perhentian pulak melalui bas. Bas yang kami naik mase tu Express Perdana and 1st time jugaklah aku naik bas 2 tingkat, dek kerana keterujaan dan kejakunan so aku duduk kat tingkat atas, tingkat bawah kan dah biase hihi. Korang yang nak naik public transport dari TBS bolehlah beli tiket korang kat sini. Waktu bertolak masa tu lebih kurang jam 10mlm dan sampai di Jeti Kuala Besut jam 6.30pg. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 8 jam dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Masa sampai tu kira awal jugak sebab bot akan pick up ke Pulau Besar jam 8pg. So dalam masa nak menunggu tu kami singgah solat subuh di Surau Warisan ni.
Jam 8pg kami dah standby kat jeti sebab dah x sabar nak masuk pulau. Time ni aku teruja giler tgk air biru kat jeti tu, tu baru kat jeti belum tengok kat pulau, hilang terus rasa risau panas ke sunburn kulit tu hihi. Untuk pengetahuan korang sebelum menaiki boat ke pulau kita diminta untuk bayar RM5 (tiket taman marin)-x termasuk dalam pakej.

Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam je. Bergantung kepada pengendali bot, kalau dia bawak laju macam kat litar sepang 30 minit pun boleh sampai tapi terbang lah segala topi n tudung korang kan.lol =P Nak ke pulau dari jeti ni kita akan naik speedboat. Ada 2 jenis boat 1 yang besar 1 kecil. So yang pregnant tu aku suggest amik boat besar sebab hentakan tu kurang compare to kecil.
 Boat Besar
Speedboat
Lebih kurang jam 9pg kami sampai di Pulau Besar. Yippi!!! Selfie 1 kali dulu.haha
Pada 1st day aktiviti bebas, so kami jalan-jalan dan makan-makan je kat sini.

No comments:

Post a Comment