AUTHOR TUTORIAL TRAVELOGUE FOOD PET CARE BLOGSHOP

HARI ARAFAH

PENGENALAN HARI ARAFAH

Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia merenungi hari akhirat.
Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah.
Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan.
Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.
BILAKAH WAKTU PUASA HARI ARAFAH?
Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Dzulhijjah dalam kalendar hijrah Islam.
Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji, peluang tetap diberikan oleh Allah untuk mendapat ganjaran iaitu dengan berpuasa pada hari Arafah.
Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda:
Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.”
– Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi
LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH

 Niat puasa sunat hari Arafah adalah seperti berikut:
 Nawaitu shauma Arafata sunnatan lillahi ta’ala 
Maksudnya:
Aku berniat puasa sunat Arafah kerana Allah Taala
ZIKIR HARI ARAFAH 
Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.
Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.
At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi mengamalkan zikir doa berikut:
Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.
Daripada Amr bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”.
— Hadis Riwayat at Tirmizi

DOA  HARI ARAFAH
Salah satu waktu doa dimakbulkan Allah SWT adalah di Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.
Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.
Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.
— HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani
Doa  Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
Antara doa yang dianjurkan adalah:
Dalam kitab Sunan at-Tirmizi ada riwayat daripada Saidina Ali RA beliau berkata:
Antara lafaz doa yang banyak dibaca oleh Nabi SAW pada hari Arafah ketika wuquf adalah:

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN 
HARI ARAFAH 
Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya.
Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2)
Menurut Ibnu Kathir, yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah.
Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”.
— Riwayat Ahmad
Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.
Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat.
Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyak solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.
Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.
— Riwayat Muslim
Ini umum untuk semua waktu.

TRIP KE PULAU PERHENTIAN SELAMA 3H2M (PART 1)

Entry kalini aku nak share pengalaman aku ke Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu. Aku ada bace, pulau perhentian ni antara pulau yang tercantik di Malaysia. Yer aku admit! Sejujurnya aku ni bukanlah seorang pencinta pulau, maybe sebab panas, takut muka burn and so on lah almaklum perempuan kan! lol. Tapi semenjak aku ke pulau perhentian ni aku terus jatuh cinta dengan pulau. Percaye x??? sad but true ya! haha😃 Orang yang mendorong aku sehingga menjadi pencinta pulau ni opkoslah en suami dan opismate aku. TQ korang.

Sebelum tu aku cerita sikitlah pasal pulau perhentian ni. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Besar dan Kecil. 

Di pulau besar ni terdapat perkampungan orang tempatan, bagi aku korang yang datang bercuti dengan family dan ada anak kecik mahupun wargaemas sesuailah duduk sini sebab tenang selain kos penginapan dan makan lebih murah jika dibandingkan dengan pulau kecil. So mase pegi sini pun memang aku stay kat pulau besar, jimat lah katakan.hahaha ;D

Manakala di pulau kecil pulak kos agak tinggi dari segi penginapan dan makan. Tapi seriously tempat ni memang sangatlah happening sebab die hidup time malam, maksud aku hidup tu, walaupun malam masih ada aktiviti macam petunjukkan api. Majoriti yang duduk di pulau kecil ni adalah pelancong asing so ramailah mat dan minah-minah saleh. Untuk aktiviti hiking ke kincir angin pun dari pulau kecil ni. Kalau korang nak duduk gak kat pulau kecil ni tapi bajet kureng bolehlah try duduk di campsite dorang yang lengkap dengan toilet dan shower. So, senanglah jugak kan.
 Campsite di Pulau Kecil 
Pertunjukkan api di Pulau Kecil 
Kami ke pulau perhentian ni amik pakej dari pick up di jeti Kuala Besut sampailah ke Pulau. Kos untuk 1 kepala RM280 murah jugaklah cuma aku x boleh nak recommend kat korang tempat pakej yang aku ambik ni sebab ada bad experience sikit, almaklum murah kan. hihi. Pakej aku ni sekali dengan penginapan, snorkelling dan pickup boat pergi balik. Makanan sendiri yer, so memang kami standby biskut, roti camtu. So kalau korang nak ke sini make sure cari betul-betul pakej yang banyak good review sebab aku pernah baca banyak jugak scammer untuk pakej pulau perhentian ni, makanya berhati-hatilah.

Transport ke Pulau Perhentian pulak melalui bas. Bas yang kami naik mase tu Express Perdana and 1st time jugaklah aku naik bas 2 tingkat, dek kerana keterujaan dan kejakunan so aku duduk kat tingkat atas, tingkat bawah kan dah biase hihi. Korang yang nak naik public transport dari TBS bolehlah beli tiket korang kat sini. Waktu bertolak masa tu lebih kurang jam 10mlm dan sampai di Jeti Kuala Besut jam 6.30pg. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 8 jam dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Masa sampai tu kira awal jugak sebab bot akan pick up ke Pulau Besar jam 8pg. So dalam masa nak menunggu tu kami singgah solat subuh di Surau Warisan ni.
Jam 8pg kami dah standby kat jeti sebab dah x sabar nak masuk pulau. Time ni aku teruja giler tgk air biru kat jeti tu, tu baru kat jeti belum tengok kat pulau, hilang terus rasa risau panas ke sunburn kulit tu hihi. Untuk pengetahuan korang sebelum menaiki boat ke pulau kita diminta untuk bayar RM5 (tiket taman marin)-x termasuk dalam pakej.

Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam je. Bergantung kepada pengendali bot, kalau dia bawak laju macam kat litar sepang 30 minit pun boleh sampai tapi terbang lah segala topi n tudung korang kan.lol =P Nak ke pulau dari jeti ni kita akan naik speedboat. Ada 2 jenis boat 1 yang besar 1 kecil. So yang pregnant tu aku suggest amik boat besar sebab hentakan tu kurang compare to kecil.
 Boat Besar
Speedboat
Lebih kurang jam 9pg kami sampai di Pulau Besar. Yippi!!! Selfie 1 kali dulu.haha
Pada 1st day aktiviti bebas, so kami jalan-jalan dan makan-makan je kat sini.

BASQUE BURNT CHEESECAKE

Haaaa bile bace tajuk kat atas, mat saleh sangat kan? kalau translate melayu jadilah kek hangus. So sesuai sangat untuk yang x berape reti baking tapi nak membaking macam aku, segala cela tertutup dengan kehangusan dia. lol 😃 

Cerite dia memang kali ni aku nak share resepi ni dengan korang. Memang super easy sebab campak je semua dalam blender maka terjadilah seketol kek, x payahlah kau nk bermixer2 bagai lol. Nah resepi dia!

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese (aku pakai tatura)
  • 125g whipping cream (aku pakai anchor)
  • 2 sudu besar tepung gandum (membukit)
  • 2 biji telur
  • 1 penutup esen vanila
  • Gula 6 sudu besar
  • Perahan lemon/ sunquid 1 sudu besar (ni aku tambah)
Cara Penyediaan:
  • Masukkan semua bahan kedalam blender dan blender sampai halus.
  • Kemudian lapik loyang dengan baking paper dan masukkan semua adunan tadi. Sebaiknya untuk adunan banyak ni guna loyang 6inci baru dia tinggi.
  • Kemudian bakar pada suhu 180 degree selama 30minit (kaedah bakar biasa) dan 1 jam 10minit kaedah water bath. (Bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  • Bila kek dah siap bolehlah decor dgn ising sugar ataupun strawberry mahupun blueberry. 
Bagi yang x familiar dengan cream cheese, camnilah rupe dia
Ni pulak whipping cream
Baking paper ni penting yer, kalau x, x jadi nanti rupa tepi kek korang


Sebelum bako

 Lepas bako. x burn sangat sebab mase ni aku x reti nak setting oven api atas.

Camnilah kejadiannye. x cantik sangat sebab pakai loyang besar. Sebab tu aku cakap tadi pakai loyang 6 inci memang elok cantik tinggi kek korang. Tapi xpe, yang peting sedap yer. Korang kena try resepi ni, seriusly x mengecewakan.
Mesti ada tanya ape beza 2 kaedah ni kan? Ok kalau kaedah biase ni kek korang akan kering sikit, kalau kaedah waterbath tu kek korang akan jadi moist. Tapi aku dah try dedua kaedah rasa dia dedua sedap. So terpulang kat korang. Ikut citarasa memasing k.
Selamat mencuba!!!

KEK MARBLE JELITA


Sekarang memang viral kek marble jelita ni, macam-macam rupa & corak. Ada bentuk bunga lah, leopardlah eh macam-macamlah tapi sememangnya cantik belaka. Memang x sama macam kek marble dulu2 yang macam mak2 kite buat tu. Teksturnya pun berbeza maybe sebab dah diolah bahan-bahanya. 

So, kalau korang nak try versi baru ni bolehlah cube k. Macam biasalah aku pun x nak lepaskan peluang untuk cuba, benda bermanfaat kan, why not! hehe ;D Oklah aku pun xmau membebel panjang, jom kite terus ke resepi kek ni.

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur ayam gred B (asingkan putih n kuning di bekas yang berlainan)
  • 2 cawang tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan marjerin (aku guna marjerin pelangi)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 100ml susu full cream xkisah apa2 jenama aku pakai Dutch lady
  • 2-5 sudu besar serbuk koko (diayak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
  • Pukul pakai mixer putih telur sampai fluffy then ketepikan
  • Pukul marjerin dengan gula kastor sampai warna jadi pucat
  • Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sampai kembang
  • Bila dah kembang masukkan susu pekat, susu full cream dan esen vanila dan pukul lagi.
  • Lepas dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang dah diayak sekali dengan baking powder dan pukul sekejap untuk sebatikan je.
  • Last sekali masukkan putih telur yang dah fluffy tadi kedalam adunan dan buat teknik kaup balik pakai senduk je. Xpayah lame, cukup sekadar adunan tadi sebati dengan putih telur tu.
  • Bila dah siap, asingkan adunan kepada 2 bahagian atau terpulang kalau nak pakai banyak2 warna pun, ikut citerase korang.
  • Then, selang selikan dalam loyang n lorek ikut kreativiti korang
  • Bakar dalam oven pada suhu 160 degree, api atas bawah selama 40-50 minit (bergantung kepada oven korang).

Lupe pulak nak bagitau, untuk kek ni aku guna loyang petak 8inci. Pastu sebelum nak bakar kek tu, korang panaskanlah dulu oven tu, xde lah terkejut kek korang bile nak bakar nanti. Then cara nak tau kek dah masak ke belum korang cucukkan kek tu pakai cake tester atau lidi ke garfu ke, kalau x melekat kat lidi korang tu with means kek korang dah masak n ready to eat! Yummy!!

Tadaaaa!!!! ni lah rupe kek aku, x bape jelita sebab x pandai main warna, next time boleh cube lagi..hihi

Bile dah potong, bolehlah kan untuk 1st try ;P

Tekstur kek ni memang padat, x manis sangat tapi lembut bile dimakan. Senang cite sedaplah.lol. so korang shud try sebab oklah x la susah sangat untuk beginner macam aku. Ok korang, selamat mencuba!!!❤️❤️❤️


BOBA TEA FUN RUN 2020 DIBATALKAN AKIBAT VIRUS COVID-19



Seperti yang kite tahu, tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar untuk seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Sebab apa?? Sebab kita di uji dengan wabak Coronavirus yang semestinya kite sume memang tak kan lupa kan sampai bila-bila. Itu aku jamin!!!

Nak jadikan cerita, kerajaan keluarkan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada bulan March 2020 yang bertujuan untuk mengekang dari virus ni terus merebak sampailah sekarang fasa (PKPP) masih x boleh buat sebarang aktiviti yang melibatkan ramai orang, untuk details info korang bolehlah tengok di Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, penat pulak nak nulih pepanjang..kih3

So dipendekkan cerita, aku dah pun register untuk run ni dari tahun 2019, hujung tahun x silap aku, sebab last join fun run ni mase tahun 2018. Dah lame ternak lemak, konon semangat baru nak burn lemak tahun ni lah. Tapi apekan daye, kite merancang tapi sebaik2 perancangan adalah darinye.

Akibat dari covid ni, maka pihak penganjur terpaksalah batalkan run ni. Aku mase dorang cakap batal tu, dah frust dah, tapi macam aku cakaplah, kite merancang je. Tapi xpe, walaupun batal, racekit masih diberi. Pihak penganjur bagi 2 option sameada melalui pos ataupun walk-in. Since, aku dah dekat dengan dorg so aku pun decide untuk walk-in je lah.

Dalam sedih x dapat berlari ramai-ramai tu, tapi oklah, happy jugak hati aku bile dapat racekit ni. X sangke bile dapat supercute sangat, x tipu.lol

MEDAL
Cute kan medal dia. Meowwww.lol. nanti nak collect lagi 2 medal kesinambungan dari medal ni


TUTU SKIRT PINK
Salah 1 sebab nak lari sangat sebenarnya sebab nak pakai tutu skirt ni. Walaupun x berapa nak muda dah, tetap aku nak fefeeling kan.lol :D

TEE-MEOW
Last but not least, baju dia, omeynyeeee dengan skirt pink nyer, melting habis wey! haha


Oklah, marilah kite sume doa supaye virus ni cepat pergi, so dapatlah berlari-lari gumbira lagi..hihi. Kita belum menang lagi yer, so mintak tolong jangan abaikan SOP yang kerajaan dah bagi tu. Sebelum aku terlupa, kalau korang nak join funrun ke, marathon ke, virtual run macam aku join ni, bolehlah install apps JOMRUN kat fhone korang tu. Oklah, Tata ;P